Korang dah ada plan untuk malam Sabtu, 31 Oktober nanti? Kalau belum, meh sini kami nak ajak. Tirai akan dibuka di Main Auditorium IIUM untuk teater Sayang Behind the Curtain: Rumah Hati, satu malam yang penuh dengan kasih sayang, kekeluargaan dan rasa “kita semua satu keluarga”.
Kami di FullStag memang excited nak share produksi ni dengan korang. Jadi, ni semua info yang korang perlu tahu.
Apa Sebenarnya Sayang Behind the Curtain Ni?
Sayang Behind the Curtain ni dianjurkan oleh Caring Club IIUM, sebahagian daripada Sayang Mega Project. Untuk tahun ni, mereka bawa Rumah Hati, hasil kolaborasi dengan Arts and Performance Club UniKL RCMP. Maksudnya, bakat-bakat pelajar dari dua kampus bergabung atas satu pentas. Memang best!
Malam Ni Ada Tetamu Istimewa
Yang buat malam ni lagi special, adik-adik dari Rumah Penyayang Darul Ilmi, Asrama Darul Falah dan Rumah Raudhatul Al-Faeez pun dijemput datang sebagai tetamu. Jadi bila korang beli tiket, korang bukan setakat tengok teater je, tapi sama-sama raikan malam tu dengan mereka. Sweet kan?
Info Penting
- Tarikh: Sabtu, 31 Oktober 2026
- Masa: 8:00 malam sampai 11:00 malam
- Lokasi: Main Auditorium, IIUM (Gombak)
Harga Tiket
Lower Seat: komuniti IIUM / UniKL RM18, orang awam (12 tahun ke atas) RM20, kanak-kanak (bawah 12 tahun) RM12.
Upper Seat: komuniti IIUM / UniKL RM15, orang awam (12 tahun ke atas) RM17, kanak-kanak (bawah 12 tahun) RM10.
Harga student-friendly, family-friendly. Takde alasan dah ni!
Macam Mana Nak Dapatkan Tiket?
Untuk show ni, tiket dijual terus oleh pihak penganjur melalui borang online ya, bukan melalui checkout FullStag. Senang je, isi borang dan siap.
👉 Klik sini untuk daftar dan dapatkan tiket
Nak tengok info penuh? Boleh singgah page rasmi Sayang Behind the Curtain.
Kenapa Korang Kena Datang?
Ramai pelakon, pengarah dan anak seni hebat kita hari ni bermula dari pentas teater pelajar macam ni. Bila korang datang dan sokong, pentas ni terus hidup. Percayalah, dewan yang penuh tu sangat-sangat bermakna untuk budak-budak yang dah bertungkus-lumus di sebalik tirai. So, ajak geng, ajak family, dan jom buat kenangan sama-sama!
Ada Soalan?
Kalau ada apa-apa nak tanya pasal tiket atau show ni, terus je contact penganjur:
Sr. Muna: 019-308 6069
Sr. Syahira: 011-2824 4840
Jangan lupa follow @caringclubiium di Instagram, TikTok dan LinkedIn untuk update terkini. Jumpa korang di sana! ðŸŽ
